Thursday 7 April 2011

salam perkenalan.............


Nama:Noraini bt Ismail
No.matrik: A 126638
Program: Pendidikan Khas
Tahun pengajian: Tahun 2
Tutorial: Jumaat (9-11 pagi)
Alamat kolej: Dd206 Kolej Pendeta Zaaba UKM
Alamat rumah: No.11 Jalan Tembikai 38,Taman Kota Masai 81750 Pasir Gudang Johor
Facebook: Noraini Salleh


Friday 1 April 2011

welkem everybody



Tuan tanah kedaung,,,huhuhu.......welkem everybody.....


NORAINI BT ISMAIL.........

I’m a wife for a very handsome and gentleman and romantic hubby....also a mother of two (for now :)), love shopping and travelling so much. Iddin and Iman are my two little cute creatures in da world and ,  they are the reason why I decided to be a very busy and ambitious mum, but shopping must continue! Hence I created this page. Hope to hear from you soon! Happy Shopping and enjoy following my blog..........
 Assalamualaikum dan salam sejahtera......................................


Semoga anda kekal sihat dan sentiasa ceria mengharungi liku-liku hidup. Alhamdulillah. Hari ini kita bertuah kerana masih dapat bernafas di bumi yang indah ini.
Topik pada kali ini adalah ‘Strategi Mengesan Masalah Pembelajaran Murid’.Semoga ia boleh membantu serba sedikit di dalam usaha pencarian ilmu ini.
1.    Pemerhatian
2.    Pentafsiran rekod prestasi
3.    Pentafsiran rekod profil
4.    Ujian kertas dan pensel
5.    Temu bual dengan guru darjah
6.    Temu bual dengan ibu bapa / penjaga murid.
PEMERHATIAN ;
Guru boleh melakukan pemerhatian ini secara tidak langsung di bilik darjah masing. Melalui cara ini, guru akan mengetahui perubahan yang mungkin jelas kelihatan misalnya dari aspek emosi, ketegangan murid, kedudukan tubuh badan yang tidak semula jadi dan perubahan tingkah laku.
Dalam strategi ini ada beberapa teknik pemerhatian yang sesuai dilaksanakan. Antaranya :
1.    Teknik pemerhatian dengan senarai semak
2.    Pemerhatian di luar bilik darjah
3.    Pemerhatian tingkah laku

PENTAFSIRAN REKOD PRESTASI
Rekod prestasi merupakan rekod yang menyimpan maklumat tentang pencapaian akademik murid dan keterangan yang tepat dan lengkap tentang pencapaian murid dalam kelas.
Pentingnya rekod prestasi ini antaranya dapat membantu guru menilai secara jangka panjang dan membolehkan guru sentiasa mempunyai pengetahuan tentang murid-murid mereka.
Bagi ibu bapa pula, rekod prestasi dapat membantu mereka memahami prestasi akademik, perkembangan sosila, fizikal dan emosi anak-anak. Melalui sumber berkenaan, ibu bapa dapat membantu pihak sekolah seperti menilai anak-anak, meningkatkan tanggungjawab sebagai penjaga dengan menasihati dan memberi tunjuk ajar di rumah.
REKOD PROFIL
Rekod yang memberi maklumat tentang pencapaian murid dalam semua mata pelajaran yang diikuti disekolah dan ditunjukkan menggunakan markah dan gred.
UJIAN KERTAS dan PENSEL
Ujian bentuk ini melibatkan penggunaan perkataan dan secara tidak langsung menguji penguasaan bahasa murid.
TEMU BUAL dengan GURU DARJAH
Perbincangan dengan guru darjah dapat memberi maklumat tentang seseorang murid yan hendak dikenal pasti. Melalui teknik ini, guru akan dapat  maklumat seperti kehadiran, pencapaian akademik, tingkah laku dan perbezaan individu.
TEMU BUAL dengan IBU BAPA
Saya kerap menggunakan kaedah ini kerana ibu bapalah individu yang paling rapat dengan murid di rumah selain guru semasa di sekolah. Banyak maklumat yang boleh diperolehi daripada ibu bapa berkaitan murid termasuklah latar sosio-ekonomi keluarga, faktor baka, kesihatan, penceraian, faktor kelahiran dan sebagainya.