Thursday, 7 April 2011

salam perkenalan.............


Nama:Noraini bt Ismail
No.matrik: A 126638
Program: Pendidikan Khas
Tahun pengajian: Tahun 2
Tutorial: Jumaat (9-11 pagi)
Alamat kolej: Dd206 Kolej Pendeta Zaaba UKM
Alamat rumah: No.11 Jalan Tembikai 38,Taman Kota Masai 81750 Pasir Gudang Johor
Facebook: Noraini Salleh


Friday, 1 April 2011

welkem everybody



Tuan tanah kedaung,,,huhuhu.......welkem everybody.....


NORAINI BT ISMAIL.........

I’m a wife for a very handsome and gentleman and romantic hubby....also a mother of two (for now :)), love shopping and travelling so much. Iddin and Iman are my two little cute creatures in da world and ,  they are the reason why I decided to be a very busy and ambitious mum, but shopping must continue! Hence I created this page. Hope to hear from you soon! Happy Shopping and enjoy following my blog..........
 Assalamualaikum dan salam sejahtera......................................


Semoga anda kekal sihat dan sentiasa ceria mengharungi liku-liku hidup. Alhamdulillah. Hari ini kita bertuah kerana masih dapat bernafas di bumi yang indah ini.
Topik pada kali ini adalah ‘Strategi Mengesan Masalah Pembelajaran Murid’.Semoga ia boleh membantu serba sedikit di dalam usaha pencarian ilmu ini.
1.    Pemerhatian
2.    Pentafsiran rekod prestasi
3.    Pentafsiran rekod profil
4.    Ujian kertas dan pensel
5.    Temu bual dengan guru darjah
6.    Temu bual dengan ibu bapa / penjaga murid.
PEMERHATIAN ;
Guru boleh melakukan pemerhatian ini secara tidak langsung di bilik darjah masing. Melalui cara ini, guru akan mengetahui perubahan yang mungkin jelas kelihatan misalnya dari aspek emosi, ketegangan murid, kedudukan tubuh badan yang tidak semula jadi dan perubahan tingkah laku.
Dalam strategi ini ada beberapa teknik pemerhatian yang sesuai dilaksanakan. Antaranya :
1.    Teknik pemerhatian dengan senarai semak
2.    Pemerhatian di luar bilik darjah
3.    Pemerhatian tingkah laku

PENTAFSIRAN REKOD PRESTASI
Rekod prestasi merupakan rekod yang menyimpan maklumat tentang pencapaian akademik murid dan keterangan yang tepat dan lengkap tentang pencapaian murid dalam kelas.
Pentingnya rekod prestasi ini antaranya dapat membantu guru menilai secara jangka panjang dan membolehkan guru sentiasa mempunyai pengetahuan tentang murid-murid mereka.
Bagi ibu bapa pula, rekod prestasi dapat membantu mereka memahami prestasi akademik, perkembangan sosila, fizikal dan emosi anak-anak. Melalui sumber berkenaan, ibu bapa dapat membantu pihak sekolah seperti menilai anak-anak, meningkatkan tanggungjawab sebagai penjaga dengan menasihati dan memberi tunjuk ajar di rumah.
REKOD PROFIL
Rekod yang memberi maklumat tentang pencapaian murid dalam semua mata pelajaran yang diikuti disekolah dan ditunjukkan menggunakan markah dan gred.
UJIAN KERTAS dan PENSEL
Ujian bentuk ini melibatkan penggunaan perkataan dan secara tidak langsung menguji penguasaan bahasa murid.
TEMU BUAL dengan GURU DARJAH
Perbincangan dengan guru darjah dapat memberi maklumat tentang seseorang murid yan hendak dikenal pasti. Melalui teknik ini, guru akan dapat  maklumat seperti kehadiran, pencapaian akademik, tingkah laku dan perbezaan individu.
TEMU BUAL dengan IBU BAPA
Saya kerap menggunakan kaedah ini kerana ibu bapalah individu yang paling rapat dengan murid di rumah selain guru semasa di sekolah. Banyak maklumat yang boleh diperolehi daripada ibu bapa berkaitan murid termasuklah latar sosio-ekonomi keluarga, faktor baka, kesihatan, penceraian, faktor kelahiran dan sebagainya.


Wednesday, 30 March 2011

ViDeO TeKnOL0Gi



 











Gambar Teknologi Masa Hadapan





1.Nama produk: NOKIA MORPH
Kegunaan/keterangan:

MORPH merupakan nama yang diberikan kepada telefon bimbit ini.Penemuan telefon ini merupakan hasil penyelidikan Nokia dan Universiti Cambridge. Telefon bimbit ini mampu dilenturkan, ditarik dan digulung secara fleksibel sehingga pengguna mampu mengubah bentuk telefon ini menjadi bentuk yang berbeza-beza. Telefon bimbit ini dapat digunakan sebagai jam tangan, telefon bimbit dan sebagai Media Player.Telefon bimbit berteknologi Nano ini tidak hanya dapat di lipat, digulung atau ditarik saja, tapi juga lutsinar. Tenologi ini direka bentuk berinspirasikan warna hijau daun yang melambangkan kecanggihannya.Penggunaan bebas tangan wayar (Wireless hands-free), sekaligus menjadikannya sebagai jam tangan kerana dapat digulung dan dilipat menjadi gelang tangan.Untuk Kesihatan: contoh mengesan permukaan buah-buahan yang telah dicemari oleh lalat. Maka apabila diletakkan dengan teknologi ini, maka akan dapat dilihat bahagian mana yang dihinggapi oleh lalat tersebut.Tidak menghabiskan banyak tenaga kerana telefon bimbit ini hanya perlu diletak dibawah sinar matahari untuk dicas. Alat ini sentiasa bersih kerana ia dapat membersihkan dirinya sendiri. Contohnya apabila ada air yang menitik pada telefon bimbit ini maka air tersebut akan disingkirkan daripada telefon ini.Sangat fleksibel (luwes) iaitu boleh digulung, dilipat dan ditarik mengikut kemahuan dan kreativiti.Telefon bimbit ini juga mampu memeriksa darah seseorang apabila dililit pada pergelangan tangan




2. Nama produk:  Alat Uji Kehamilan USB
Kegunaan/keterangan:

Kaedah ujian kehamilan kini semakin mudah dan canggih. Ini adalah produk  terbaru yang merupakan USB yang boleh  dipasang dan berhubung dengan komputer.Cara penggunaan alat ini adalah sama seperti ujian kehamilan yang lain.Stik yang digunakan untuk test urine akan dimasukkan ke dalam USB port dan dapat dilihat hasilnya dipaparan skrin  komputer serta dapat menganalisis kandungan hormon dalam urine seseorang wanita hamil.Setelah USB dipasangkan, komputer akan menganalisa urine wanita hamil melalui grafik mengenai kandungan mereka.Alat ini juga dapat membantu menganalisa waktu kesuburan seseorang wanita sekaligus dapat membantu proses kehamilan.


3. Nama produk: Haptic BRAILLE
Kegunaan/keterangan:
Alat ini dicipta khas ini adalah untuk membantu individu yang mempunyai masalah penglihatan.Alat ini mampu menerjemahkan tulisan dalam bentuk huruf- huruf Braille. Di bahagian  bawah alat ini terdapat  sejenis alat yang dinamakan sensor Optic yang mampu mengenal pasti sesebuah karakter huruf. Kemudian alat ini akan menterjemahkannya dalam bentuk huruf Braille, dan memberikan isyarat dengan cara menimbulkan titik - titik yang membentuk huruf braille di atas permukaan tetikus yang lembut.Alat ini dilengkapi dengan butang reset yang membantu mengesan arah kedudukan serta suis kuasa.Alat ini juga dicipta menggunakan material yang selesa untuk telapak tangan.



 4. Nama produk: Pendakap gigi bantu pendengaran
Kegunaan/keterangan:   
Sejenis alat yang menghantar bunyian melalui gigi dibuktikan mampu membantu menangani masalah pendengaran. Gajet berteknologi tinggi iaitu SoundBite ini dilekapkan pada gigi dan berfungsi menghantar bunyian pusat telinga melalui tulang wajah muka. Menurut Pengarah polisi di Institut Kebangsaan Diraja bagi orang pekak, inovasi ini berbeza dengan implan bantuan pendengaran kerana saiz lebih standard dan boleh dipakai oleh pengidap ekzema.selain membantu mencantikkan gigi ia mampu membantu pendengaran bagi individu bermasalah pendengaran.
5. Nama produk: iPill(Kapsul ubat berteknologi tinggi)
Kegunaan/keterangan:
Syarikat Philips Research baru-baru ini telah memperkenalkan kapsul elektronik pintar untuk kegunaan
ubat-ubatan farmaseutikal. Sebelum ini, teknologi yang serupa digunakan sebagai alat untuk 'melihat' di 
dalam usus manusia bagi mengenalpasti jenis dan tahap penyakit.iPill mempunyai saiz yang sama dengan kapsul ubat-ubatan yang biasa dimakan. Cuma ia dilengkapi dengan komputer mikro, pengesan dan pemancar mikro tanpa wayar. Kapsul ini juga boleh ditelan seperti kapsul ubat biasa dengan air dan 
melalui sistem penghadaman tanpa dimusnahkan.Dengan kapsul ini, doktor boleh mengawal kadar pembebasan ubat dari kapsul ke dalam usus sebelum diserap ke dalam sistem peredaran darah.
Teknologi ini juga boleh membantu untuk meningkatkan kadar keberkesanan ubat-ubatan yang digunakan selain memberi ruang lebih besar untuk doktor memantau tindak balas pesakit keatas ubat yang diambil. Sebagai contoh, jika komputer mikro di dalam kapsul dapat mengesan tindak balas 'overdose', ia akan bertindak menghubungi doktor dan doktor tersebut boleh mengarahkan komputer untuk menghentikan pembebasan ubat dari kapsul melalui alat kawalanjauh(Transceiver).iPill mendapat sumber kuasa bateri 
silver oxide yang mampu bertahan untuk tempoh 48 jam.iPill masih diperingkat prototaip dan pihak Philips Research masih berunding dengan syarikat-syarikat farmaseutikal untuk tujuan mengkomersialkannnya.








6. Nama produk:  Alat Berwuduk Auto
Kegunaan/keterangan:  
Alat berwuduk auto ini dilancarkan oleh Perdana Menteri pada 19 Januari 2010. Ianya direka oleh juruterbang dan jurutera penerbangan, Anthony Gomez, seorang rakyat Malaysia.Sistem pengambilan wudhu itu direka bagi membolehkan seseorang individu berwudhu dalam posisi berdiri mengikut ajaran kitab suci Al-Quran.Alat ini mempunyai sensor yang akan mengeluarkan sukatan air yang tepat, selain sistem elektronik canggih untuk pengeringan segera dan ia berupaya memperdengarkan bacaan doa yang dirakamkan untuk sebelum dan selepas mengambil wudhu.Menurut pencipta alat mengambil wuduk auto ini, beliau mendapat idea semasa melihat orang Islam sedang mengambil wuduk di sinki semasa berada dalam sebuah feri. Kos untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) prototaip telah menelan belanja sebanyak US$2.5 juta.

7. Nama alat:  Minus Frozen Garbage Container
Kegunaan/keterangan:
Tong sampah ini adalah penyelesaian bagi masalah sampah organik yang akan menjadi busuk setelah beberapa ketika dibuang dalam tong sampah. Hasil kreativi perekanya yang berasal dari Perancis,Cem Tutuncuoglu telah mencipta tong sampah yang akan membekukan sampah di dalamnya.dan memastikan suhunya sentiasa berada di bawah paras beku Dengan itu, sampah tersebut tidak akan berbau busuk dan bakteria tidak akan membiak serta secara tidak langsung menjaga alam sekitar daripada tercemari oleh pencemaran bau.


 8. Nama produk: iHouse Smart Faucet
Kegunaan/keterangan:
 iHouse telah merekacipta sebuah pili pintar yang boleh membantu memudahkan urusan masyarakat yang sentiasa sibuk.Alat ini boleh membantu kita mengakses dan menyemak emel dan mengetahui suhu diluar sambil menggosok gigi,mencuci muka dan apa jua urusan bilik air.Ia juga dilengkapi kemudahan kalendar  .Selain dari memudahkan serta tampak bergaya,Gadget ini juga boleh mengecam anda dan secara automatik akan menukar suhu air kepada suhu yang anda gemari.Didatangkan dengan sebuah paparan LCD kecil .mengeluarkan lampu yang berwarna merah jambu yang boleh menukar warna aliran air.




9. Nama produk: SAMSUNG RF4289(Smart Fridge with WIFI)
Kegunaan/keterangan: 
Samsung RF 4289 adalah peti sejuk pintar Samsung pertama yang dilengkapi dengan kemudahan 
WIFI .Kemudahan yang terkini ini dapat membantu golongan surirumah mahupun individu yang bekerja 
melakukan kerja-kerja di dapur sambil menyempurnakan tugasan yang memerlukan akses kepada
 internet melalui paparan skrin 8inci.Dilengkapi  beberapa ciri- ciri pragmatik juga seperti kemampuan
 untuk melihat kalendar Google, menyemakcuaca,memuat turun resepi dari Epicurious, atau meninggalkan nota digital melalui skrin.Secara tidak langsung ia dapat mudahkan,menjimatkan masa di samping 
membantu menghilangkan rasa bosan di masa menunggu masakan siap dimasak 




 10. Nama produk: Milwaukee Cordless Detection Tool
Kegunaan/keterangan:
Rekaan ini sangat membantu jika anda ingin tahu apa yang tertanam di bawah dinding rumah terutama jika mahu melakukan kerja-kerja pengubahsuaian rumah  anda atau .Alat ini dapat mengesan Rebar 6 terletak jauh di dalam konkrit sekaligus dapat mengesan apa jua objek yang terdapat di sebalik binaan tersebut.
Ia juga dapat memberitahu anda lokasi dan struktur kedalaman kayu,PEX,PVC,logam belakang gipsum,OSB,jubin seramik dan marmar.Ciptaan ini disokong oleh bateri lithium Milwaukee M12 ION,229021.Selain itu,SUB M12 SCANNER alat pengesanan ini direka dengan rekabentuk beroda 
empat untuk daya tahan yang lebih tinggi,kemasan yang lebih halus serta pengukuran yang tepat.

KASIHAN ANAK-ANAK........
Semoga anda berada dalam keadaan sihat sejahtera. Semoga apa jua yang anda lakukan pada hari ini, segalanya akan diberkati oleh yang maha Esa, Insyaallah. Terima kasih atas kesudian anda untuk terus melayari laman ini.
Hari ini, topik perbincangan berkisar dengan ‘bebanan’ yang dihadapi oleh murid-murid tahun 1 terutamanya yang belajar di kelas belakang. Seronok melihat telatah murid, tetapi kasihan apabila melihat mereka belajar. Ada yang tidak tahu mengenal abjad, ada yang tidak tahu menulis lagi.
Masih segar di dalam ingatan,ketika saya mula bertugas di johor bharu dan dipertanggungjawabkan megajar di kelas tahun 1,saya masuk ke bilik guru dan bertanya kepada salah seorang guru lama di sekolah perihal murid tahun 1 ini. Saya percaya di kebanyakan sekolah juga mengalami masalah yang serupa. Satu soalan dibincangkan :
Sejak dari murid ini bayi hinggalah ke usia 7 tahun, apa yang ibu bapa lakukan sehinggakan anak ini tidak boleh mengenal A hingga Z? bahkan ada yang tidak tahu menulis langsung?
Guru terpaksa mengambil alih tugas ini mengajar murid dan terpaksa meninggalkan silibus supaya murid menguasai asas ini dahulu. Pasti segalanya akan menjadi normal jika ibu bapa murid tahun 1 turut bekerja sama mengajar anak membaca di rumah.
Itu baru satu hal, mengenai buku pelajaran anak-anak pula? Kasihan. Ada yang tiada buku tulis walau sebuah pun. Pensel pun tidak ada. Murid datang ke sekolah kusut masai seperti baru bangun tidur terus dipakaikan pakaian sekolah dan dihantar hingga ke pintu pagar sekolah.
Buku teks yang baru dapat tidak dibalut dan sudah ada yang tertanggal kulit. Isi dalam beg tak perlu dicakapkan lagilah..Semuanya ada. Baju pendidikan jasmani yang dipakai kelmarin yang kotor masih ada, bekal makanan murid yang sudah habis masih ada, semua jenis buku teks disumbat sama.
Kasihan. Ini semua menjadi beban kepada murid. Masalah di rumah barangkali, masalah akademik, beban yang dipikul murid. Walaupun tidak semua murid hadapi masalah ini, tetapi bersimpatilah terhadap murid yang mengalami masalah seperti ini.
Itu perkara yang berlaku kira-kira 7 tahun yang lepas,sekarang saya sudah bergelar ibu kepada 2 orang anak.Mohamad Iddin Haqimi sudah melangkah kaki ke tahun 1 pada awal 2011,namun saya merasakan berlaku lagi senario yang sama kerana faktor kepelbagaina tahp ekonomi sesebuah keluarga adalah berbeza.










As-Salam..


Hari ini saya mencuba satu permainan 'RAHSIA PERSONALITI DIRI' melalui tarikh lahir. Permainan menghendaki peserta memberikan tarikh lahir dan analisis akan diperolehi dalam masa yang singkat..Saya pun mencuba atas perasaan ingin mencuba dan sekadar suka-suka sahaja.
Berikut adalah cara tarikh lahir saya di kira :
TARIKH LAHIR : 21 Februari 1979
Cara Perkiraan :
21 + 2 + 1979 = 2002
2 + 0 + 0 + 2 = 4

Nombor Tarikh Lahir anda ialah : 4
Keputusan Analisis :

1.    Ketulenan

Hadir dengan idea baru.
Memperolehi sesuatu dengan cara yang tersendiri.
Golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi.
Mereka suka mengambil inisiatif dan suka menjadi yang terbaik dan kebiasannya adalah pemimpin atau boss.Bekerja sendiri merupakan pilihan terbaik mereka.

2.    Pendamai

Dilahirkan sebagai diplomat.
Mereka selalu memikirkan dan peka terhadap keperluan dan perasaan orang lain sebelum mengambil kira dirinya sendiri.
Secara semulajadi sangat analitikal dan suka mengikut gerak hati.
Mereka tidak suka bersendirian. Persahabatan adalah penting buat mereka dan berupaya mendorong mereka untuk berjaya di dalam hidup, tetapi mereka sanggup untuk bersendirian jika hubungan yang terjalin itu tidak serasi.
Golongan ini secara semulajadi adalah pemalu, mereka patut belajar untuk meningkatkan nilai kendiri (self esteem) dan meluahkan perasaan secara terbuka tanpa berselindung.

3.    Ceria

Golongan ini merupakan golongan yang idealistik.
Mereka sangat kreatif, sosial, mesra, romantik dan mudah dibawa berunding.
Mereka suka memulakan sesuatu tetapi jarang dapat menghabiskannya.
Mereka suka orang lain gembira dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapainya. Mereka sangat popular dan idealistik.
Golongan ini perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik.

4.    Konsevatif

Golongan ini sangat peka dan tradisional.
Mereka sukakan arahan dan sesuatu yang rutin.
Mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya mereka lakukan.
Mereka suka bekerja keras dan sanggup melakukan sesuatu kerja secara sendirian. Mereka mudah tertarik dengan aktiviti luar dan merasai pertalian dengan alam sekitar. Mereka berupaya untuk bersabar, tekun dan adakala dianggap degil.
Mereka harus belajar untuk lebih feksibel dan bersikap lebih baik terhadap diri sendiri
5.    Perintis

Mereka adalah perintis.
Secara semulajadi mereka mempunyai sikap ingin tahu dan suka mengambil risiko serta sangat bersemangat (enthusiasm).
Mereka perlukan kepelbagaian dan tidak suka disekat. Dunia ini adalah sekolah mereka, mereka memerhatikan setiap peluang untuk mempelajari sesuatu daripada setiap situasi yang ditempuhi. Persoalan yang bermain difikiran mereka tidak pernah terhenti.
Golongan ini dinasihatkan untuk melihat sesuatu dengan teliti dan mendapat semua fakta yang diperlukan sebelum membuat sesuatu kesimpulan.

6.    Romantik

Golongan ini adalah idealistik dan memerlukan sesuatu sebab untuk berasa gembira. Hubungan kekeluarga yang kuat adalah penting buat mereka. Perasaan mereka mempengaruhi keputusan mereka. – Mereka sangat suka untuk membantu dan menjaga seseorang.
Mereka sangat setia dan boleh menjadi guru yang terbaik.
Mereka suka seni musik.
Mereka menjadi teman yang setia kepada sesiapa yang menjalin persahabatan secara serius.
Golongan ini harus belajar apakah yang boleh diubah dan apakah yang tidak boleh diubahnya.

7.    Intelektual

Golongan ini adalah Pencari.
Selalu menyelesaikan sesuatu yang tersembunyi,dan mereka sukar untuk menerima sesuatu perkara dengan mudah.
Perasaan mereka tidak mempengaruhi keputusan mereka.
Mereka suka mempersoalkan apa yang ada disekeliling mereka tetapi mereka tidak suka dipersoalkan.
Mereka kerap dikenali sebagai ahli falsafah dan sangat berpengetahuan dan kadangkala bersendirian.
Mereka gemarkan perkara yang berteknikal dan berkebolehan untuk menjadi penyelidik yang baik dalam menyelesaikan sesuatu perkara.
Mereka sangat suka berahsia.
Golongan ini hidup dalam dunia mereka tersendiri dan mereka perlu belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar
.

8.    Penyelesaian

Golongan ini adalah penyelesaian masalah.
Mereka adalah profesional, berterus terang, penilai yang baik dan sangat tegas.
Mereka selalu mempunyai perancangan yang hebat dan suka hidup dalam suasana kehidupan yang terbaik.
Mereka sangat suka mengendalikan manusia. Mereka melihat manusia secara objektif. Mereka akan memberitahu seseorang dengan cara mereka tersendiri bahawa mereka adalah ketua.
Golongan ini perlu belajar untuk membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada mengikut keperluan orang lain.


9.    Pelakon

Golongan ini mempunyai kebolehan untuk menghiburkan orang lain.
Mereka sangat penyayang dan pemurah.Dengan daya tarikan yang ada, mereka tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan sesiapa jua dan pada mereka tiada sesiapapun yang dianggap asing kepada mereka.
Mereka mempunyai personaliti yang pelbagai sehingga menyukarkan orang sekeliling mereka untuk memahami mereka.
Mereka umpama binatang sumpah-sumpah yang boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut persekitaran.
Mereka mempunyai nasib yang sangat baik tetapi juga boleh menderita akibat terlalu bergantung kepada nasib dan perasaan (mood). Untuk berjaya golongan ini perlu membina landasan kasih sayang.

Hahahaha....macam lucu jer saye punyer...tak same pon...kui...kui...ini hanyalah sejenis permainan psikologi.......

p/s :
Anda hendak mencuba? itu terserah kepada anda..mempercayainya adalah tidak digalakkan. Semuanya bergantung kepada sejauh mana anda berfikir secara positif mengenai permainan ini..