Wednesday, 30 March 2011

KASIHAN ANAK-ANAK........
Semoga anda berada dalam keadaan sihat sejahtera. Semoga apa jua yang anda lakukan pada hari ini, segalanya akan diberkati oleh yang maha Esa, Insyaallah. Terima kasih atas kesudian anda untuk terus melayari laman ini.
Hari ini, topik perbincangan berkisar dengan ‘bebanan’ yang dihadapi oleh murid-murid tahun 1 terutamanya yang belajar di kelas belakang. Seronok melihat telatah murid, tetapi kasihan apabila melihat mereka belajar. Ada yang tidak tahu mengenal abjad, ada yang tidak tahu menulis lagi.
Masih segar di dalam ingatan,ketika saya mula bertugas di johor bharu dan dipertanggungjawabkan megajar di kelas tahun 1,saya masuk ke bilik guru dan bertanya kepada salah seorang guru lama di sekolah perihal murid tahun 1 ini. Saya percaya di kebanyakan sekolah juga mengalami masalah yang serupa. Satu soalan dibincangkan :
Sejak dari murid ini bayi hinggalah ke usia 7 tahun, apa yang ibu bapa lakukan sehinggakan anak ini tidak boleh mengenal A hingga Z? bahkan ada yang tidak tahu menulis langsung?
Guru terpaksa mengambil alih tugas ini mengajar murid dan terpaksa meninggalkan silibus supaya murid menguasai asas ini dahulu. Pasti segalanya akan menjadi normal jika ibu bapa murid tahun 1 turut bekerja sama mengajar anak membaca di rumah.
Itu baru satu hal, mengenai buku pelajaran anak-anak pula? Kasihan. Ada yang tiada buku tulis walau sebuah pun. Pensel pun tidak ada. Murid datang ke sekolah kusut masai seperti baru bangun tidur terus dipakaikan pakaian sekolah dan dihantar hingga ke pintu pagar sekolah.
Buku teks yang baru dapat tidak dibalut dan sudah ada yang tertanggal kulit. Isi dalam beg tak perlu dicakapkan lagilah..Semuanya ada. Baju pendidikan jasmani yang dipakai kelmarin yang kotor masih ada, bekal makanan murid yang sudah habis masih ada, semua jenis buku teks disumbat sama.
Kasihan. Ini semua menjadi beban kepada murid. Masalah di rumah barangkali, masalah akademik, beban yang dipikul murid. Walaupun tidak semua murid hadapi masalah ini, tetapi bersimpatilah terhadap murid yang mengalami masalah seperti ini.
Itu perkara yang berlaku kira-kira 7 tahun yang lepas,sekarang saya sudah bergelar ibu kepada 2 orang anak.Mohamad Iddin Haqimi sudah melangkah kaki ke tahun 1 pada awal 2011,namun saya merasakan berlaku lagi senario yang sama kerana faktor kepelbagaina tahp ekonomi sesebuah keluarga adalah berbeza.










No comments:

Post a Comment